1. Pemilihan Keyword
2. Video Optimisation
Maksud dari percubaan ini ialah untuk hasilkan pendapatan dari laman web anda dengan membawa trafik ke laman web anda melalui pemasaran youtube. Pastikan anda membaca infographic iaitu 5 Fakta YouTube Yang Anda MESTI Ketahui untuk melihat potensi pemasaran di YouTube.
Saya mulakan dengan pemilihan keyword
Pemilihan Keyword
Anda bebas memilih apa sahaja bentuk program penjanaan yang ingin anda sasarkan samada untuk Google Adsense, Affiliate, CPA atau jualan produk anda. Namun disini saya akan menerangkan pemilihan keyword yang fresh dari antara laman web terbesar iaitu Amazon.com.
Tips kriteria keyword ialah “Fresh Keyword”
Kenapa kita pilih “Fresh Keyword” sebab ia masih baru dan kurang persaingan.
Jadi bagaimana kita nak lihat fresh keyword ini?
Kita lihat pada “New Release Products” pada pautan berikut Amazon Hot New Releases
Paparan diatas adalah senarai “New Hot Release” dari Amazon yang boleh anda sasarkan untuk menjual produk ini melalui teknik pemasaran youtube.
Anda klik Any Department untuk lihat produk apa yang anda ingin promosikan dan kita akan lihat sama ada keyword ini ok ke tidak.
Disini saya buat sedikit browse dan research dan minat pada Countertop Blenders seperti yang anda lihat dibawah:
Jadi disini anda boleh sasarkan keyword “Nutri Bullet 1201” betul tak? atau yang lain-lain model.
Saya ingin lihat berapa ramai anggaran orang mencari produk NUTRiBULLET, jadi saya run keyword ini di Google Keyword Tools dan kelihatan seperti berikut:
NUTRiBULLET = 135 K
What is a NUTRiBullet = 135 K
Saya tidak lihat keyword yang lain sebab nak cepat saya terus ke Google Search Engine dan lihat berapakah persaigan keyword ini.
Kelihatan ada lebih kurang 41K persaingan dan kalau anda buat search tanpa quote, kelihatan ada satu video sahaja didepan jadi saya fikir munkgin boleh cuba lawan video tersebut. Ini very fast researh ya.
Jadi saya buat keputusan memilih keyword “what is a nutribullet” untuk buat video content dan uploadkan ke youtube.
Saya dapatkan beberapa keping image yang berkaitan dan gunakan Camtasia untuk buat video. Anda boleh gunakan Window Movie Maker didalam komputer anda atau boleh download. Saya akan terangkan bagaimana untuk buat video pada entri lain.
Saya belum cuba keyword yang lain mungkin ianya lebih bagus tetapi buat masa ini sebagai percubaan saya buat keyword “what is a nutribullet”.
Anggaplah sekarang ini anda telah membina video (video yang saya buat simple sahaja untuk tujuan percubaan dan sebaiknya buat “Call Action” di akhir video).
Ini adalah contoh videonya:
Sekarang ini kita akan masuk ke bahagian Video Optimisation
Video Optimisation
Video SEO optimisation ada dua bahagian iaitu:
1. Onsite Video Optimisation
2. Offsite Video Optimisation
Buat masa ini kita hanya bincang Onsite Video Optimisation. Apa yang perlu anda lakukan ialah:
1. Keyword Pada Nama Fail Video
Apabila anda suah siapkan video anda, save video tersebut dengan menggunkana keyword sebagai nama fail contohnya ialah what-is-a-nutribullet.avi
2. Keyword Pada Title Video
Apabila anda upload video anda ke Youtube gunakan keyword anda pada title video anda dengan format seperti ini
| Watch
@
: Watch
Anda boleh tambah perkataan review sekiranya anda membuat video review sebagai contoh
| Watch Review!
Dalam contoh video yang saya buat ialah
NUTRiBULLET | What is a NUTRiBULLET
3. Keyword Pada Video Description
Anda perlu ulangi beberapa kali keyword utama anda didalam video description. Anda boleh mulakan perenggan pertama dengan
NUTRiBULLET | What is a NUTRiBULLET
Kemudian pada perenggan kedua, anda letakan pautan affiliate, blog, lama web anda dan sebagainya. Kalau anda belum ada pautan affiliate anda letakn pautan video anda sendiri.
Perenggan ketiga anda terangkan tenatng video anda, ini anda boleh lakukan dengan melihat kepada produk description di Amazon. Boleh gunakan kandugan user reviews di Amazon.
Letakkan beberapa kali pautan affiliate anda di video description.
4. Keywords Pada Video Tags
Masukkan keyword pada tags anda dan gunakan tags video persaigan anda pada tags anda. Caranya ialah anda buka video persaing anda di youtube dan kemudian klik kanan mouse dan pilih “view page source”.
Pada page source lihat meta tag keyword seperti pada paparan dibawah:
Anda salin keyword tersebut dan masukan ke video tags anda.
5. Video Kategori
Saya tidak 100% pasti tetapi sekiranya anda pilih atau set video kategori anda pada “News & Politics” ia akan lebih cepat di index. Saya cadangkan anda boleh lakukan percubaan.
6. Thumbnail
Sekiranya anda perasaan ramai orang manipulasi video thumbnail untuk dapatkan views yang banyak disebabkan thumbnail yang menarik menyebabkan orang akan klik video untuk menonton. jadi pilih thumbnail yang menarik untuk video anda.
7. Video Captions
Disebabkan kandungan anda ialah video, maka Google sistem tidak dapat pasti 100% apakah kandungan video anda yang sebenarnya melainkan mereka ada staff yang lihat video anda, namun itu tidak berlaku jadi untuk anda bantu Google memahami apakan kandungan video anda maka anda uploadkan caption anda yang mengandungi keyword. Caranya ialah buka notepad anda dan masukan keyword sasaran anda ke notepad dan save.
Kemudian klik “Upload caption file or transcript” dan pilih notepad yang anda save yang mengandungi keyord anda.
Sekiranya anda sudah lakukan kesemua langkah yang diberikan, Video Onsite SEO Optimisation anda sudah siap! yahoo!
Setelah anda selesai upload video anda dan membuat onsite SEO optimisation, langkah seterusnya ialah lakukan RSS feed submission video anda.
Video RSS Feed Submission
Ada boleh gunakna RSS feed kod yang saya berikan dibawah
http://gdata.youtube.com/feeds/api/users/NamaChannelYouTubeAnda/uploads?orderby=updated&vq=Title Youtube Video Anda
Tukarkan parameter berikut:
NamaChannelYouTubeAnda = Nama Channel anda
Contoh:
http://www.youtube.com/user/ClickBankBlogging
Title Youtube Video Anda = Title Video Anda
Contoh:
NUTRiBULLET | What is a NUTRiBULLET
Jadi kod RSS feed anda ialah
http://gdata.youtube.com/feeds/api/users/ClickBankBlogging/uploads?orderby=updated&vq=NUTRiBULLET | What is a NUTRiBULLET
Test RSS feed video anda dengan membuka RSS feed tersebut ke browser anda.
Setelah anda dapati RSS feed anda berfungsi dengan baik anda boleh lakukan RSS submision di BulkPing.com
Pada percubaan yang saya lakukan, video yang dibina telah naik tempat pertama di YouTube Search dalam masa 1 jam
Ia juga berada pada Page 4 di Google Search Engine hanya selepas satu jam. Sekarang ia sedang menari-nari pada kedudukan pada 4, 5 ,6 ,7.
Percubaan ini hanya dilakukan dalam masa kurang dari 1 jam bermula dari mencari keyword, membuat video dan upload ke youtube seterusnya lakukan video optimisation.
Ia juga belum lagi di di optimise dengan off-site optimisation iaitu mendapatkan backlink. Saya cadangkan kepada anda untuk lakukan percubaan anda sendiri dan maklumkan kepada saya pada komen dibawah bagaimana result anda.
Adakah anda perlukan tutorial bagaimana membina video?
Tips: Sekiranya anda baru membina akaun youtube, sebaiknya anda gunakan nama channel dengan meletakan keyword anda.